Tuesday, October 10, 2017

KASSIM AHMAD

7btc
As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on October 10, 2017

Saya amat sedih dengan kematian kawan saya Kassim Ahmad. Kita kehilangan seorang tokoh yang berani dan berpegang kepada prinsip perjuangannya walau apa pun yang terjadi kepada dirinya.

Saya berpendapat bahawa dianya tidak berjaya mendapat keadilan seperti yang dikehendaki oleh agama Islam. Kerana dianya dituduh kononnya membelakangkan hadith.

Sedangkan dia seperti juga dengan pentafsir-pentafsir hadith yang menolak hadith-hadith yang tidak sahih yang dibuat tanpa kajian yang teliti dan mendalam, menerima banyak hadith dan menolak hanya hadith yang tidak sahih.

Pemikirannya amat tajam dan orang Melayu terutamanya, kehilangan seorang tokoh yang boleh memikir dengan mendalam berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Bacalah tulisannya sebelum menghukumnya.

Saya berdoa dianya akan dirahmati Allah swt.